Pelakon Menetak Ibu Dengan Pedang



Michael Brea - seorang pelakon yang pernah berlakon drama Ugly Betty dan membintangi filem Step-Up 3-D - ditahan pagi semalam kerana dituduh membunuh ibunya dengan pedang samurai 3-kaki panjang, lapor TMZ.
 Michael telah dituduh menetak kepala ibunya sendiri sehingga mati dengan pedang samurai sambil membaca ayat-ayat dari Bible. Menurut polis, kes ini diklasifikasikan 'amat dahsyat.'Mangsa,Yannick Brea berumur 55 tahun adalah ibu kepada tertuduh. Dia mati ketika Unit Kawalan Kecemasan tiba di lokasi pukul 2:20 pagi.
 Polis menemui Michael yang histeria memegang Bible. Sebuah taser (senjata kejut letrik yang menggunakan arus untuk melumpuh seketika sistem otot) diperlukan untuk menenangkan tertuduh sebelum dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan mental. "Saya mendengar tertuduh mengejarnya ibunya di dalam rumah sambil menyebut a verse from Bible, 'Repent, Repent, Repent!!,'" kata jiran (saksi). Tertuduh terus mengejar ibunya dan saksi terdengar teriakan keras lalu menyuruh ayahnya membuat panggilan 911." 


Kisah lanjut......


Tertuduh yakin bahawa ibunya (a pious-Christian) dirasuki syaitan, lalu membunuh sampai mati disaat ibunya sedang berlutut, di apartment mereka. 

"Michael berkata kepada doktor (mental) bahawa beliau melihat iblis berada di dalam jasad ibunya," kata seorang sumber polis Daily News selepas pembunuhan mengerikan tersebut. Jiran menuduh pembunuhan Brea terjadi kerana polis tidak menjalankan tugas mereka untuk menyerbu masuk rumah. Yannick Brea ditemui berlutut - seolah-olah meminta pertolongan (as a final prayer) - setelah dia bergelut dengan anaknya, kata polis. 
"Sinner, Sinner!" jerit Michael. "You never accepted Jesus!"

Tertuduh yang masih marah, mengusung Bible dan sebilah pedang dari upacara Masonik ketika polis menyerbu masuk dari bilik tidur, sumber polis berkata. Ketika tertuduh sedang dibawa keluar, beliau sempat menjerit, "'The Greatest Architect in The Universe! '"- Istilah yang selalu digunakan oleh kaum Mason untuk Tuhan mereka," kata jiran, Sydney Clare, 15. "Ia tampak gila." "Ibunya berada dalam keadaan ketakutan dan polis hanya berdiri kaku beberapa meter sahaja dari situ," kata kakak Sydney, Gregory, salah seorang daripada saksi yang berada di tempat kejadian. Saksi berkata polis hanya berdiri di luar selama hampir satu jam bahkan adakalanya meninggalkan mereka dan akhirnya masuk selepas dipaksa. Mangsa dijumpai di dalam bilik mandi yang 'berdarah' dengan tetakan yang banyak dikepalanya.Ayah saksi yang juga tuan apartment memberi izin kepada polis untuk mengopak pintu depan. Saksi merungut bahawa polis hanya memberi alasan protokol untuk tidak memecah masuk rumah. 
"Now a woman's dead who should be alive if only the police would have listened." keluh saksi. 
Malam sebelumnya, pakcik kepada mangsa mengatakan anak saudaranya itu, Michael, mengambil pedang tersebut selepas selesai upacara Masons ketika pulang bersama tanpa mengesaki sesuatu. Beliau yang ditemui bingung mengatakan anak saudaranya itu biasanya seorang yang bijak dan tenang. "Mesti ada sebab lain kerana Michael berrtindak sebegini," kata beliau ditemui pemberita. "Kemungkinan dia dirasuk." 
Pedang tersebut dibuat dari stainless steel dalam keadaan hitam grip - dijual online dalam sekitar US$280. 
Polis menerima tiga panggilan hanya dalam empat minit selepas jiran-jiran di Heights Prospect terdengar jeritan Michael dan teriakan ibunya meminta tolong."Aku terjaga selepas terdengar jeritan mangsa" kata seorang jiran.

 "Screams I'll never forget!" 

Polis tiba jam 1.15 pagi, dan jiran mendesak mereka untuk menerjah masuk tetapi menolak bimbang keadaan menjadi parah. "Pada satu ketika,mangsa membuka tingkap dan meminta tolong," kata jiran yang lain. "Kelihatan darah dimerata tempat." Kemudian, polis pergi dari tempat kejadian (bodoh ke hape) tetapi kembali selepas menerima satu lagi panggilan lain pada jam 1.59 pagi dan jiran terus mendesak supaya memecah masuk sambil menunjukkan tingkap yang berlumuran darah di tingkat dua. Salah seorang saksi menalifon 911 setelah mendengar mangsa berteriak manakala tertuduh menjerit beberapa patah "broken Biblical verses." 
.............Keluarga mangsa marah kerana polis tindakan mengambil tindakan.
Serge Mercel, abang mangsa (ibu kepada Michael) mengadu 

"To think my sister was inside, crying for her life, and the police that are supposed to be protecting her are standing at the door and it's enough to make me sick!!!" 
Sebaliknya, Kommissioner NYPD, Raymond Kelly mengatakan para petugas mengendalikan insiden dengan bijak. "Ini adalah situasi 'barikade' yang patut dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Kecemasan," kata Kelly. "Apa yang berlaku dalam situasi 'barikade' adalah bahawa pegawai rondaan hanya memberi respons, jika tidak, menunggu pasukan Perkhidmatan Kecemasan untuk datang." Naib Inspektor NYPD menegaskan bahawa cara sebegini adalah protokol yang betul kerana mangsa tampak sangat berbahaya untuk dikendalikan oleh polis.

.............Mangsa, Yannick Brea digambarkan sebagai yang rajin, berorientasikan keluarga pendatang Haiti yang tiba di US 40 tahun yang lalu. Beliau pernah bekerja hotel di World Trade Center Marriott dan sempat berhenti sebelum kejadian 9/11.
Manakala, Michael belum secara rasminya ditangkap pada ketika ini, namun akan dibawa ke NYPD selepas penilaian psikiatrinya selesai
.



p/s: kejadian ni sebijik macam pembunuhan yang berlaku awal tahun ni dimana seorang lelaki membunuh ahli keluarga sendiri tu.. huhu.. ape nak jadi kat dunia sekarang ni.. lagi satu, aku agak 'takot' sket kat orang yang bergelar pelampau agama ni..percaya tu memang dituntut tapi janganlah ekstrim yang melampau-lampau sangat nanti jadi ajaran sesat pulak.. Nauzubillah~




2 orang yang x pueh ati!!!:

  1. Naquiah Umairah

    contohnye mcm ayah din.. huhuhu

     
  2. azlee

    haha..
    betol2.. :)

     

Post a Comment