percaya atau tak, aku dan Story of The Year (SOTY) mula diperkenalkan menerusi radio. Yes. radio! bukan internet/streaming rock radio tapi 'made in Malaysia' okey. ingat lagi masa tu tahun 2004, tahun di mana dunia batu dilanda demam meteor Linkin Park, encik2 Killers mula menyinar alam sejagat, pengakuan Billy Joel & Co. tentang Amerika, transisi mengejut meletus ke mainstream oleh Modest Mouse, Switchfoot, Yellowcard, The Strokes, Crossfade, Three Days Grace, Franz Ferdinand, RJA, MCR etc dan tak lupa kembalinya otai2 seperti U2, Velvet Revolver (supergroup) dan banyak lagi.



ok, untuk band ini, aku mula terdengar Anthem of Our Dying Day (AOODD) pada seksyen New Music dari RED104.9 (kini RED.fm). hairan bagaimana lagu yang agak keras (ada sedikit scream) boleh terlepas untuk waktu perdana yang ketika itu dimonopoli mamat 'yo-yo' Usher, pungkoq lengkoq Beyonce, palsunya Lavigne, geng Maroon yang 'Jamiroquai wannabe'. Permainan melodi yang slow terus bertukar garang pada part seterusnya dan sedikit punk-hardcore telah meng-overshadowed lagu2 lain dalam playlist haritu. dan ingat lagi aku pernah memaksa (request) DJ yang mengendali Morning Show untuk memainkan AOODD seawal pukul 6 pagi! guess what? lagu2 SOTY berkumandang 3 hari seminggu pada waktu pagi untuk minggu tersebut (yela, takkan nak main hari2 kot. sianlah kat orang lain haha)! Dan obsesi SOTY tak berhenti disitu. pernah juga menyelinap di segmen Request Show pada malam harinya di radio 4 pula kendalian DJ Maia (sekarang Traxx FM). haha. 2 kali sehari. cukup puas!



single kedua, Sidewalk yang mula menjadi makanan penggemar pop-rock seantero mula mendapat heavy rotation dalam kebanyakan radio tempatan. disusuli Until The Day I Die (antara single tersukses mereka)  dan    In The Shadows terus dirilis. semuanya dipetik dari debut (yang tak berapa nak debut la sebenarnya), Page Avenue. sangat sukses kerana penjualan album tersebut mencecah 1 juta secara worlwide bahkan diiktiraf Gold di US. untuk band yang bermain genre sebegini, pencapaian tersebut adalah dianggap sangat berjaya. FYI, aku banyak mengumpul MV SOTY dari hasil pirate (yang ketika itu berleluasa gilababeng peringkat nasional). teros gila... dan gilaaaaa.....

ingat lagi?? "I took the Godsmack post down because we are going to ask them to go get some ice cream with us." source



Kehidupan di hostel teknik mengehadkan masa aku dan SOTY sehinggakan tak pernah tahu kewujudan sophomore mereka, In The Wake of Determination (05/06). personally, album ini tak memberi impak sangat dalam susur galur muzik mereka (walaupon kritik cakap ianya lebih berat dari sebelumnya). even aku hanya sempat melayan beberapa lagu sebagai pengubat rindu tapi hakikatnya, masih lagi kuat penangan Page Avenue berbanding album terbaru ini. mungkin impak yang lambat barangkali. masih segar diingatan tiapkali ada masa berjamming, selalu jugak budak2 main lagu mereka dan pernah sekali sekala aku jadi pak terjun untuk sisi vokalis. hahaha. serius lawak. kenangan, gilo! masa-masaku banyak dihabiskan dengan revision kaset2 rakaman sendiri. (untuk pengetahuan pembaca, waktu ini adalah penghujung2 zaman kegemilangan kaset2 dan transisi permulaan era digital)



zaman kolej  - nerdy, nerdy jugak. rebel mesti jalan seiringan. ketika ini aku hampir2 lupa kewujudan SOTY. ye lah, tentu sekali sebab utamanya, mereka mengalami sophomore slump walau secara cartanya, album tersebut berjaya menempatkan antara top 20 pada minggu pertama ia di-release. dan faktor lain, bangkitnya band2 lain dan perkembangan revolusi muzik ketika itu yang masih lagi dikuasai golongan Afrika-Amerika (dari penyanyi, pemuzik, produser even jalur muzik mainstreamnya). tak silap aku, pada awal Mac 08, Wake Up telah dirilis secara senyap dan ini bermakna susah untuk mendapatkannya secara illegal. namun berjaya jugak aku memperolehi walaupon dengan cara yang tak effisyen - sunggoh! dan third album  - The Black Swan telah dirilis pada bulan berikutnya. album ini telah berjaya mengangkat kembali muzik SOTY yang bagi aku, mereka telah kembali to their own root. lebih manis apabila ianya diiktiraf album paling sukses mengikut skala mingguan Billboard. dan secara peribadi album ini adalah terbaik (mungkin nombor dua selepas Page Avenue).

pada satu ketika, aku sangat berharap dapat menyaksikan Dan Marsala melakukan slow-jump-shot in close-up way sepertimana dalam video-video mereka.......

dan dikala zaman internet sangat mendominasi... mereka mula meng-upload To The Burial sebagai hint untuk rekod seterusnya. pada mulanya, aku hanya dapat memberikan respons yang skeptikal setelah mendengar lagu tersebut. What? This? aku mula terbayangkan sophomore mereka. tampak ganas tapi kurang impaknya. entahlah. rupanya ini hanya gimik. mereka meng-announce-kan yang first single officially diberikan kepada I'm Alive. agak boleh masok lah walaupon aku cuba. Jujur. setelah harapan tak seberapa menggunung, aku agak terkejut. mengapa mesti I'm Alive kerana the rest dalam The Constant memang menakjubkan! seriously. sehinggakan untuk show Rock kendalian sendiri di web, SOTY kini memiliki 5 singles walaupon officially hanya 2 sahaja. too good to waste. (sebenarnya aku berusaha menjejak walau ke lubang cacing untuk mencari info for their next single to be release on.) haha. gigih!



fantasinya aku selalu membayangkan mereka bermain-main manja depan mata. tapi, siapa la yang nak bawak. audience kat sini tak cukup kuat nak bawak masuk, tapi berkat.......... (nantikan entri seterusnya)


0 orang yang x pueh ati!!!:

Post a Comment