22

dah menginjak ke angka 22 rupanya.

sedar tak sedar rasa cepat masa berlalu. seperti biasa, hari tu aku tak raikan sangat (memang tak pon). just dapat wish2 dari kengkawan yang mengenali sepanjang hidup di muka bumi ni. tapi agak kecewa karna tak terima dari insan tersayang. apapun thanks mika-mika!
memang dari dulu aku jarang sangat2 buat special occasion untuk benda ni. tak gemar sangatlah. aku ni bukanlah urban sangat pon. cukuplah sekadar memperingati diri yang Tuhan memberkati sehingga dapat hidup saban tahun. Syukur. masih lagi diberi nyawa untuk sujud kepada-Nya walaupun aku bukan Kamil sangat.
truth be told, benda ni tak pernah buat aku rasa special apa pon. nothing more. kadang2 banyak kepuraan semata-mata...... yang aku ni happy segala bagai. macam jadi bukan diri aku je. Fuck.
ingat lagi last time birthday present yang aku dapat adalah pada 2 tahun lepas. itupun pemberian ikhlas rakan yang baru aku kenali tak sampai setahun (waktu itu lah). mungkin kalau aku tanya dia pon, sudah tak diingatnya. kecik2 aje tapi bagi aku besar bermakna. walaupun sudah tak berfungsi, aku masih lagi simpan kerana aku hargai sangat2 pemberian orang tu. Terima Kasih.

sudah aku sambut 22 dalam tiga Ramadhan berturut-turut. Syukurlah tahun ini 22 aku jatuh pada Ramadhan ke 22 dan juga 22 kalendar Masihi. Bersyukur sangat Ramadhan kali ini aku dapat titipkan momen2 bersama keluarga sepenuhnya. sesuatu yang sudah lama aku tak rasai nikmatnya. mungkin ini adalah hadiah sebenar sempena 22 untuk kali ini.




0 orang yang x pueh ati!!!:

Post a Comment