promo: KIL (trailer)

semalam aku tak tido. orang cakap tak remaja tido awal. jadi aku ikot. nasib badan, pop-out satu tweet ni dari Mr. Rewan Ishak. tanya "Who wants to watch KIL trailer on youtube now before its official premiere tomorrow 3pm? Private invitation. Limited to 5 people only." masa tu, pukul 4 pagi macamtu la. then, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, aku pon balas saja2. yela, orang-orang besar ni bukan slalu nak balas twit dari budak hingusan kan. invisible katanya. tapi, si Rewan ni balas jugak twit aku. maybe aku sorang je kot antara follower2 dia yang berjaga time tuh. then, dia bagi direct link untuk usya exclusive trailer ni kat youtube. aku. Happy!

Rewan Ishak. aku sebenarnya dah lama follow dia nih. dari zaman Redeoscape lagik. first film yang buat aku impressed, My Indie Rock Darling arahan Razaisyam. lain dari yang lain. tak silap aku, cinema Malaysia masa itu kuat dengan aura indiependent (kalau korang ambik port lah). James Lee, Amir Muhammad, arwah Yasmin Ahmad, and all memang stylo. filem-filem ni walau low-budget tapi nilai estetika dan sosio-budaya tu tinggi. ada yang dekat dengan hati kita secara sedar dan tak sedar. ok. jaoh melalot. back to Redeoscape, produksi ni dah pon produced banyak MV untuk artis. Antaranya, Bila Aku Sudah Tiada, Jiwa Kelajuan, Aizat's Fikirlah, Pesawat's Mirage and Excuse Me, Seven Collar T-Shirt's Wild Child and Fragile (lagu dadah aku!) which video-video ni slalu dapat heavy rotation dalam MTV Asia. kalah video-video Alyah, Jaclyn, dan Imran Ajmain. kalau korang rajin, cari 'the making of' kat youtube. boleh tengok cara dorang buat kerja, managed sana sini, editing process and seronok tengok dorang having fun instead. dan video-video viral Rewan ni slalu jugak aku stalk kat sana.hehe but then, aku pon tak tahu status Redeoscape ni macamana sebab Rewan ni dah ada satu lagi produksi iaitu Flux Visual Lab. maybe sebab ada partner lain kot yang join which aku pon tak tau sangat la. Flux Visual Lab ni lah yang handle production KIL



KIL. yang mungkin diambil dari nama watak utama Akil lakonan Redza Minhat. yang juga berkisar tentang suicidal attempt (KILL) oleh si pembawa cerita ini sendiri. based on first trailer, aku boleh nampak yang filem ni akan membawa satu naskhah yang berat bercondong ke arah thriller. kuat dengan elemen suspen dan misteri. disokong oleh Christina (muka ada iras2 Eja campur Zooey Deschanel), Dira Abu Zahar (serius aku suka minah ni lepas Baizura Kahar), Harun Salim Bachik (ramai orang puji sebab watak beliau serius nak mampos kalini.. kot). untuk filem ni, aku nampak sisi gelap, moody and tense. yela, mana ada orang buat thriller guna happy new year gong xi fa choi kan. jarang filem malaysia buat genre ni. yang last (mainstream) tak silap Kala Malam Bulan Mengambang (Mamat Khalid) dan Setem (Afdlin Shauki). itupon ada unsur komedi. oh, filem ni diarahkan oleh Nik Amir Mustapha (Pesawat's MV). sangat low budget. shooted by using Canon 5D MKII within period of 11 days which aku rasa team ni sangat professional. bab lakonan, aku harap kat Redza la. harap tak jadi kayu dah macam dalam Pisau Cukur tu sudahlah. hehe and filem ni dijangka akan keluar hujung tahun ni. and respek sangat sebab buboh Lights dalam trailer. i loike! Pesanan tuan producer: Expectation jangan tinggi sangat ye. :)

Sinopsis: Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah berjaya  untuk melakukannya. Cubaannya sentiasa sahaja gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dilakukan secara sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.




jom layan trailer:




p/s: macam review satu filem lengkap je..haha


2 orang yang x pueh ati!!!:

  1. jejaka anggun

    nih short movie ker apa? bile akan tayang ek?

     
  2. fuzz

    filem ni bakal ditayangkan maybe hujung tahun ni. so, boleh dikategorikan sebagai filem mainstream la..

     

Post a Comment