-original recording pertama-

Ok. aku bukan David Guetta. bukan juga Benny Benassi, Tomcraft, DJ Sammy atau Calvin Harris. mungkin tak setaraf RedOne atau Fernando Garibay lagi. Rick Rubin? jauh sekali... tapi demi mencapai cecita yang tinggi, aku setat buat lagu. baru nak berjinak-jinak lah kata orang. agak-agak dapat jadi cam Justin Bieber pon okay jugak. boleh dapat Selena Gomez. Hmmm, jadila.. dan aku dah compose satu lagu ni sebagai permulaan. tajuknya Dance Wit’ Me yang berbau Trance/House. mengikut analisa yang dibuat ke atas Mediabase Pop di US, sudah terdapat 2 lagu yang berjudul Dance With Me yang berada dalam senarai top 250 ketika ini. dengan semangat untuk mendapatkan Selena ni, aku sanggup jadi yang ketiga - termasuk minus-nya H (pada ‘With’). sebenarnya, aku telah siapkan dua versi yang berlainan untuk lagu ini. pertamanya, adalah original version iaitu ketika otak aku masih suci ketika pembikinan trek ini. versi kedua adalah the Dirrty Version dimana sound tadi telah diubah menjadi kotor (akibat pencemaran otak). tapi akibat tahap keyakinan diri berada di bawah par, aku hanya menge'post' Dirrty Version sahaja. komposisi lagu masih lagi dikekalkan tetapi echo dan riverb ditambah mengikut sesedap rasa untuk mendapat ambience yang dikehendaki. dan sempat juga dicampakkan dengan sedikit perisa British Rock pada salah satu sample untuk versi Dirrty tersebut. cuba cari ya! FYI, aku pernah bagi trek ni pada Jackman (DJ Hitz.FM yang selalu buat remix dengan Skeletor). Jadi silalah dengar dan harap jangan muntah hijau :)


[Caution: EARPLUG ADVISABLE FOR MAXIMUM EAR ORGASM]

Dance Wit' Me (Dirrty Version)


p/s: kawan aku ada tanya sapa DJ Fuzz.E yang di-tagged dalam trek tersebut?! Entahlah, adik James Hetfield kot :P


0 orang yang x pueh ati!!!:

Post a Comment