sapa ciplak sapa part 2
Published 24.6.11 by fuzz inlagi satu malam ni aku hepi sebab kak leha dah mula rajin meng'update'kan post2 beliau. rindu as hell.. haha
ok.
aku dah mula nak buat kesinambungan post pasal plagiarism ni. pada pendapat aku lah, muzik ni universal dan sungguh abstrak. tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dilihat dari mata hati dan perasaan. asal ada jiwa, kita dapat rasa (feel) tentang perasaan yang ingin dapat disampaikan dalam sesebuah lagu tu. sehinggakan ada yang menganggap, muzik dapat memberikan impak yang besar dalam kehidupan seharian dan boleh menjadi terapi untuk jiwa kacau. (tapi ada jugak muzik yang boleh menghasut supaya bertindak lebih agresif, kan..) haha, macam sasterawan la pulak. ok. pasal kes plagiarism ni, muzik yang baik sebenarnya boleh memberi rujukan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contohnya, kita dengar lagu ni, boleh dapat inspirasi buat lagu tu. kita dengar lagu tu, dapat pulak idea buat lagu ni. Then, bila dengar lagu tu dan lagu ni, boleh pulak buat lagu campur 'tu' dengan 'ni' pulak. haha.. paham tak? hm, lantak korang la nak paham ke tak. hehe
terus kat sini, aku nak cerita sikit pasal 2 lagu ni. Originally, lagu asal telah dirilis oleh duo t.A.T.u. pada tahun 2003. Duo dari Rusia ini telah mencetuskan kontroversi di bumi ini apabila terus terang mengaku sebagai pasangan lesbian dan ini dapat dilihat pada persembahan live mereka. Untuk pengetahuan anda, mereka sebenarnya bukanlah pasangan lesbian kerana itu hanyalah satu gimik murahan untuk melariskan jualan album mereka serata dunia. Mula dikenali menerusi 'All The Thing She Said', mereka kemudiannya merilis single kedua berjudul 'Not Gonna Get Us' yang mengandungi heavy dance-beat dan sisi lagu ini agak 'dark' berbanding single pertama mereka. bagi aku, ini adalah lagu terbaik yang pernah dirilis oleh duo ini. satu tahun kemudian, penyanyi/komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw muncul dengan lagu baru berjudul 'Tak Tahan Lagi'. FYI, beliau merupakan seorang komposer yang hebat. Ini terbukti kerana tiap lagu yang dicipta, semestinya akan menjadi hits tak kira di Indonesia, Malaysia mahupun rantau ini. Beliau sebenarnya tidak pandai membaca not-not muzik mahupun bermain alat muzik (semasa dahulu) tapi dapat mencipta sesuatu yang luar biasa. Biasanya, beliau hanya menggunakan handphone ataupon pita rakaman untuk merakam suara (melodi) ketika mendapat idea secara tiba-tiba. Tapi, untuk kes lagu ini, sudah jelas dan terbukti beliau mencuri bulat-bulat lagu t.A.T.u. ini. tak percaya? believe it!
Originality : t.A.T.u. - Not Gonna Get Us
Ciplak : Melly Goeslaw - Tak Tahan Lagi
p/s: mood tengah layan Naive Sick Chasm tapi boleh pulak buat review nih.. XD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang yang x pueh ati!!!:
Post a Comment