Review: Sembang Tepi Jalan

Supposed aku siapkan review yang lain tapi aku end up buat yang ini jugak. Sebab pe, dah sehari suntuk aku spend my day try to finish this book. Well, buku ni dipinjamkan oleh membe sewaktu aku lepak2 last week. Die pon bawak buku ni pun bukan dengan sengaja. Asalnya mahu meng’cover’ EP yang bakal diberikan kat aku, tapi entah kenapa aritu aku berkeras sangat nak pinjam buku ni. Then, aku asyik tangguh nak baca sebab busy dengan assignment yang berlambak and finally dapat jugak menghabiskan hujung minggu ni. Aku tak bercadang pon nak buat review pasal buku ni, but there’s something interesting la tentang STJ ni. Tu yang aku semangat nak review. So, aku bagi sedikit info tentang si author, saudara Meor Yusof Azidin atau Meor.




Beliau merupakan seorang penerbit, penulis lagu, dan independent artist. Merangkap seorang bapa dan suami yang cukup penyayang. Seorang busker (penyanyi jalanan) yang tegar, port di Pasar Seni (sekarang Pasar Budaya). Pernah ditahan dan dihumban kedalam lokap gara-gara berbusking (disyaki penagih walaupon bukan.. mungkin kerana dadah dan jalanan adalah sebati = stigma masyarakat). Seorang pejuang muzik bergenre folk yang kuat pengaruh komersilnya (agaknya) kerana berpeluang menerbitkan album di arus perdana dan pernah bekerjasama dengan M.Nasir. Pernah juga mengiringi artis-artis international.. Nah, itu sahaja yang dapat aku ceritakan tentang beliau. Nak tau lebih lanjut, dapatkan buku ini. Diedarkan oleh Oxygen Media.

MEOR – BUSKER PENENTANG HIPOKRITIS

Naskhah ini adalah coretan peribadi tentang pengalaman beliau sepanjang menjadi sebahagian komuniti busker-busker terutama di kawasan Pasar Seni dan Jalan Alor (sekarang Jalan Kejora). Malah sempat diselitkan cerita tentang penjenamaan semula Jalan Alor kepada Jalan Kejora diakhir coretan. Tempoh penulisan beliau melewati dari tahun 2005 hingga 2008. Cerita-cerita disusun mengikut kandungan bahan yang disampaikan bukannya tarikh. Jadi disetiap bab, terdapat pelbagai cerita berkaitan tetapi berbeza mengikut peredaran masanya. Sungguh unik kerana ini bukannya ‘diari hidup’ yang berturutan tetapi sebuah epilog yang berpandukan pengalaman hidup serta-merta.

Gaya penulisan yang sungguh variasi berunsurkan ketuhanan, politik, kepercayaan, emosional, serta pengalaman hidup yang cukup general. Berat menyentuh tentang jasad (hidup), kerohanian, masyarakat, kekeluargaan, semuanya dari perspektif beliau sendiri. Pandangan beliau ini sedikit sebanyak dapat mengubah perspektif klise seseorang tentang kehidupan. Percayalah! Dan percaya atau tidak, beliau turut meyelitkan beberapa ideologi berbeza yang datangnya dari agama serumpun. Menurut si penulis, beliau pernah mendalami ilmu agama Hindu, Kristian, Buddha dan lain-lain (disaat zaman ‘Menara Condong Teluk Intan’ beliau haha). Berani dan lantang dalam mengutarakan sesebuah isu dengan (sungguh) terbuka tetapi masih lagi berpaksi pada dunia yang nyata (realiti). Adakalanya pemikiran yang dilemparkan adalah kritis, melampaui batasan dan cukup straight to the point. Sinis dalam mengutarakan hal-hal yang berpautan dengan norma kehidupan. Dari penagih dadah, pelacur, pengemis, banduan hingga ulama adalah subjek2 ‘yang hidup’ dalam dunia penulis.

Apa yang menariknya, turut disertakan puisi-puisi terkenal yang menjadi perkaitan akan isu-isu yang dikupas. Contohnya ada diselitkan sajak popular nukilan Chairil Anwar berjudul AKU (pernah dimuatkan dalam filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta), puisi-puisi tulisan beliau sendiri, bait-bait lirik lagu dan lain-lain. Secara tidak langsungnya, ini dapat menarik minat pembaca untuk mengenali lebih dalam akan dunia sastera ini. Kemudian, turut dibongkarkan isu politik yang pernah mewarnai negara satu ketika dahulu (beliau menulis menerusi sudut pandangan golongan marhaen yang berakal). Sebenarnya, aku agak bersetuju dengan pandangan beliau dalam hal ini.

Tidak lupa juga, aspek muzik yang turut menjadi tunjang utama lahirnya STJ ini. Beliau cukup kental dalam memperjuangkan hasil karya beliau yang rata-rata melitupi genre ‘folk’. Apa itu ‘folk music’? ‘Folk’ itu lagu rakyatkah? Bagaimanakah nuansa muzik ini? Siapakah yang bertanggungjawab mengangkat muzik ini di Malaysia? Semuanya terjawab dalam buku ini. Malah, pengalaman beliau sebagai guru muzik di Yamaha Music juga telah dimanfaatkan secukupnya. Beliau ada mengajar tentang tempo, skill, penghayatan bermain gitar dengan baik beserta counting yang sesuai untuk sesebuah lagu. Itulah, pengalaman adalah guru yang baik untuk kehidupan. Acapkali, beliau menyindir artis-artis tanah air yang berlindung disebalik dunia glamour. Sering juga beliau mengaitkan perbezaan artis arus perdana dengan busker-busker ini yang adakalanya menimbulkan perasaan humor padaku. Ya, aku tahu muzik mereka lebih telus dan jujur berbanding artis produk ini. Menariknya, beliau juga turut memuatkan ‘tribute’ khas untuk Mawi (yang ketika itu fenomena Tsumawi melanda Malaysia).

Kemudian, aku cukup kagum dengan isu kekeluargaan yang diterapkan si penulis. Tanggungjawab sebagai seorang bapa,suami dan anak kepada ibu bapa cukup jelas dipaparkan. Isu ketuhanan dan kerohanian juga amat kuat dititipkan si penulis. Pada suatu ketika, penulis ada menyatakan hubungan kemanusiaan perlu diutamakan berbanding ketuhanan. Kenapa? Rujuk muka 24 apabila anda memiliki buku ini. Jadi, akhir kata buku ini cukup lengkap dengan ilmu-ilmu baru yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini dan sarat dengan pengetahuan berguna dari segi fizikal ataupun kerohanian. Ianya ternyata 270° berbeza dengan jurnal yang pernah aku baca sebelum ini tulisan Mohd Jayzuan ‘Jurnal 28 Hari Rock N’ Roll’ dimana kandungannya yang sungguh gila-gila. Untuk anda yang sukakan sesuatu yang berat tetapi cukup ‘haul’nya, sila dapatkan buku ini ya.

Untuk pembelian buku ini, sila klik disini


2 orang yang x pueh ati!!!:

  1. Anonymous

    weh boleh la nt bt ass. aku.. kena bt summary buku.. ahd ni kena siap
    taw...hahah
    nt aku email ebook buku tu

     
  2. akoo

    haha banyak cantek.. bayaq ah...

     

Post a Comment