Review : POPKONSPIRASY EP

Patutnye dah lame dah aku post review pasal EP ni.. cuma baru2 ni aku busy sikit dengan kerja and assignment yang ntah pape.. so, baru malam ni aku dapat post.. Hm, kali ni aku nak review sikit pasal band ni, POPKONSPIRASY. Band ni berasal dari Ipoh (katanya) dan ditubuhkan pada tahun 2005. Even baru-baru ni dorang ade perfom dalam rancangan Muzik-Muzik. Maybe lepas ni dorang ade can la nak masuk mainstream dengan senang.. Di-influence oleh Coldplay, Maroon 5, Dewa 19, Sum 41, Queen dan etc.. genre pembawakan Alt. Rock dan EP ni diterbitkan oleh Jenk dan Popkonspirasy sendiri.. Jom layan review... 



Kisah Kita – first track. Sangat kuat vibe pop-rock tu. Well, jenis lagu yang korang akan expect dengar dalam x.fm la hehe sangat simple and catchy. Melodi yang sungguh layan dan bersih. Even aku pon terkantoi sendiri sebab ter-thumb-thumping sorang2. Bridge yang terlalu awal tapi bagus. Sekurang-kurangnya, bukan typical sangat la. Aku boleh imagine lah kalau lagu ni dipersembahkan depan awek2, sure dorang tergedik2 berdansa kecil-kecilan. Then, lirically they’re okay, sesuai dengan genre muzik yang dorang bawak. In production side, bagos. Sound yang sungguh clean and clear. Ye la skarang kan zaman digital. Everything looks perfect (tapi aku percaya dorang x gune banyak). Sebab part last tu ade terkantoi sikit bunyi studio. X sempat nak clean ke bro? Apepon lagu ni, memang 100% lagu radio. Setuju?

Keliru - Lagu berkisarkan tentang kekeliruan anak muda dalam menghadapi cinta yang tidak dapat kata putus dari aweknya sendiri. Tapi jangan tertipu lak sebab cara aku describe ni macam jiwang tapi dorang perfom in a different way la beb. Very the modern rock. Well, antara lagu peberet aku dalam EP ni. Energetic dan hook yang sedap. Dari first verse, ke pre korus then korus, semuanya layan belaka. Melodi yang melekat. Mood yang lebih up dari first trek. Lirik memang pasal keliru je memanjang tapi line “Cinta dulunya kuku” memang menarik perhatian aku. Metafora tu bro..haha Bagos2 tapi ntah kenapa la, aku asyik dok teringat lagu Exist – Kapal Terbang Kertas je bila dengar lagu ni. Maybe sebab vibe yang sama kot. Ah x kisah lah, tetap layan…

Duniaku – Third song. Hmmm, sound yang masih lagi sama dengan lagu2 diatas. lagu ni siap ade back-up singer lagi. Dengar macam ramai padahal 3 orang je. X percaya, tengok kredit EP ni. pandai budak2 ni… sebuah number yang up-tempo dan agak fast berbanding trek sebelumnya. Kaya dengan feel modern rock nya. Korus yang very sing-a-long dan enjoy. Tapi aku rasa part yang mahal dalam lagu ni mase hook dan ay-yay-yayy tu..haha tapi ade bunyi Pesawat sikit la bro.. hehe Well, solo (lead) agak menyerlah kali ni. Agaknya nak lepas geram kot sebab sebelom ni x dapat sangat nak goreng cukup2… tapi for sure, memang kompem pass la kalau nak masok x.fm ni…

Sedar Tak Sedar – Lagu penutup album ni. Still lagi kuat dengan pop-rock vibe nya tapi kali ni kurang menyengat sikit la dari lagu-lagu sebelum ni. Aku rasa dinamik dorang dah macam semakin kurang. Hmmm.. Bab lirik okay. Budak2 ni dedicate lagu ni pada awek2 la katanya. Structure pon okay. Lagu paling pendek dalam EP. 2 minit lebih.. Well, dah x de ape kot aku nak komen dah..

Band ni… Hmm, pasal EP ni. Layan. Kuat dengan pembawakan muzik pop-rocknya. Tak garang. Sesuai dengan jiwa2 rumaja muda-mudi. Even korang (pendengar2) boleh expect la Popkonspirasy ni adalah regular customer dalam X.FM.. sebab muzik dorang ni memang ‘makanan’ radio tu.. x percaya, dengar dan nilaikan la sendiri. Tapi aku nak komen sikit pasal lagu-lagu dalam EP ni. Lagu okay, cuma harap pelbagaikan lagi muzik tu. Jangan mendatar je, nanti pendengar cepat bosan. Lagipon muzik pop ni kan luas. Boleh cuba bereksperimentasi dengan banyak sound. Nanti x de lah mood tu statik je. Pastu, kat sini aku nak komen sikit pasal packaging EP. Simple dan sedap mata memandang. Detail2 lengkap. Bagos! Cuma harap korang boleh letak ‘penutup’ cd tu untuk cover supaya x terjatuh. Membe aku pon terpaksa cover ngan buku time bawak aritu. Okay, sudah. Pasal band ni pulak, aku boleh nampak la yang budak2 ni boleh naik ke mainstream. Mesti laku kat gig2 terutama melibatkan IPT-IPT tempatan. Cuma strategi tu kena betol la. Manager, production, band member dan semua kena main peranan. Baru boleh naik. Sekurang-kurangnya boleh main kat first stage Rock The World tu pon dah okay.. hehe (tinggi tu tapi x mustahil kan..) So, pada yang nak try dengar macamana muzik dorang ni, leh la pegi kat FB dorang, follow on Twitter, dan Myspace. Kalaw nak alamat surat menyurat, leh hantar kat popkonspirasy@yahoo.com and management contact kat 0126275550..


0 orang yang x pueh ati!!!:

Post a Comment