Padah Aduka Taruna

baru-baru ni kecoh pasal blogger Aduka Taruna dengan statement sialnya pasal kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim. Semestinya beliau telah dikecam hebat menerusi tulisannya dan akhirnya dipaksa untuk membuang kembali tulisannya atas sebab sensitiviti kerabat Almarhum.

Blogger-blogger lain sempat mengambil screenshot untuk artikel tersebut. Klik sini.

Dan juga si aduka taruna ini telah meminta maaf. Klik sini.

Berikutan tempelan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Jumaat lalu di blog Aduka Taruna, jawatankuasa penyiasat ditubuhkan. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff, 25 laporan polis dibuat mereka berang berhubung tempelan terbabit.

Semalam lebih 500 orang berkumpul berhampiran Mahkamah Johor Bahru membantah kandungan tempelan blog sama.

Kes akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersama Akta Hasutan 1948.

So,kepada blogger-blogger di luar sana, aku nak nasihatkan korang:

"Benar kata pujangga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (tulisan) buruk padahnya."

-Akmal


0 orang yang x pueh ati!!!:

Post a Comment